Kiraan ini hanya anggaran sahaja untuk membantu anda faham bagaimana bayaran bulanan rumah dikira, dan bagaimana bayaran tambahan ke pokok (principal) boleh percepatkan habis bayaran pinjaman rumah anda.
Jumlah sebenar bayaran bulanan mungkin berbeza mengikut kadar faedah semasa, polisi bank, dan jenis pinjaman yang anda ambil sama ada fixed loan atau flexi loan.
Kiraan akhir yang sah akan tertulis dalam surat tawaran pinjaman (Letter Offer) daripada pihak bank. Selain itu, kadar bulanan juga boleh berubah dari masa ke masa disebabkan faktor seperti perubahan kadar OPR, kadar faedah, atau penalti bank.
Jika anda ingin tahu lebih lanjut atau perlukan bantuan untuk semakan yang tepat, sila rujuk kepada ejen hartanah atau pegawai pinjaman anda supaya penerangan lebih jelas dan sesuai dengan situasi kewangan anda.
Ringkasan mudah supaya anda nampak jelas komitmen dan penjimatan pinjaman rumah.